Assalamualaikum w.b.t.
hye !
wahh ! lame giler tak buat entry baru . ala maklum lah , budak ni baru tamat latihan Khidmat Negara . hehehe
sebenarnya aku nak citer pasal pengalaman aku mase kat Kem PLKN Gambang tapi citer tu panjang sangat . so aku akan citer kat korang lain kali la .
"Berpuasa itu lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui" (surah al-Baqarah, ayat 184)
memandangkan hari ni semua umat Islam sudah mula berpuasa , semalam berterawih . aku nak citer la pasal bulan ramadhan sebab masa kat kem dulu aku sempat belajar serba sedikit pasal bulan ramadhan ni daripada Ustaz Man ( kawan aku , bdk Ganu jugak ) .
korang pegi solat terawih tak semalam ? jujur aku cakap yg aku tak pegi semalam . hehe
ada masalah sket , tgk lah malam ni InsyaAllah aku pegi kot ^__^ amin !
Antara kelebihan2 puasa adalah :
1) puasa sebagai perisai bagi umat Islam - dapat mencegah drpd melakukan kemungkaran
2) kita boleh masuk syurga dengan berpuasa di bulan ramadhan
3) bau mulut orang yg berpuasa lebih wangi di sisi Allah s.w.t. daripada bau kasturi
4) ar-Rayyan(pintu syurga) hanya dibuka untuk orang yg berpuasa melaluinya ketika hari kiamat.
Antara amalan-2 yg menjadi pilihan umat Islam lakukan dalam bulan ramadhan adalah :
1) Solat Terawih - dalam bulan puasa benda pertama kita akan buat ialah solat terawih pada mlm pertama ramadhan . sesiapa yg bersolat terawih dgn penuh keimanan & keikhlasan akan diampunkan dosa-2 yg lalu .
2) bersahur dan melewatkan sahur - kita digalakkan bersahur serta disunatkan melewatkan sahur , bertujuan mengurangkan rasa lapar pada siang hari ( sesungguhnya agama Islam tidak menyeksakan).
3) memperbanyakkan sedekah - Nabi Muhammad adalah org yg pemurah, dan beliau lebih pemurah pada bulan ramadhan
4) bertadarus al-Quran - bertadarus adalah org membaca al-Quran sambil disemak bacaan itu oleh org lain .
5) menjamu org berbuka puasa - sesiapa yg menjamu org berbuka puasa, baginya pahala sama seperti pahala org yg dijamu itu. tidak kurang sedikit pun drpd pahal org yg berpuasa itu .
6) iktikaf pada 10 hari(malam) terakhir ramadhan - mencontohi Rasulullah , nabi selalu beriktikaf pada sepuluh akhir ramadhan sehingga beliau wafat. kemudian, isteri-2 beliau beriktikaf selepas kewafatannya .
7) berbuka puasa dengan rutab , tamar ataupun air -Rasulullah berbuka puasa dgn memakan beberapa biji rutab ( buah kurma yg masih basah ) sebelum menunaikan solat . sekiranya tiada rutab, beliau berbuka dgn kurma . sekiranya tiada kurma, beliau minum beberapa teguk air .
Antara peraturan / pantang larang semasa berpuasa adalah :
1) tidak boleh makan & minum pada siang hari dgn sengaja kecuali terlupa .
2) tidak muntah dgn sengaja .
3) tidak boleh melakukan hubungan persetubuhan suami isteri (jimak) pada siang hari .
4) keluar haid & nifas .
selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin & muslimat .
afwan jazakallahul khair... wassalam
0 nasihat kawan:
Post a Comment